Penerangan
18 Januari 2023, Kuching - Satu operasi bersepadu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah diadakan bertujuan pemeriksaan ke atas satu premis perindustrian di Kawasan Perindustrian Demak Laut 1, Kuching. Operasi dijalankan susulan aduan pencemaran bau yang diterima oleh JAS Sarawak akibat dari aktiviti pemprosesan tayar terpakai yang menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam di sekitar kawasan berkenaan.
Arahan dan tindakan penguatkuasaan diambil selaras punca kuasa masing-masing di bawah bidangkuasa JAS, NREB dan DBKU. Pemeriksaan JAS Sarawak menumpukan pematuhan tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang terpakai di Negeri Sarawak.
#jabatanalamsekitarMalaysia
#jassarawak
#alamsekitartanggungjawabbersama