16 Mac 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 3/2023 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) di dalam Negeri Melaka.
Operasi ini dianggotai seramai 15 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Sebanyak 11 premis telah diperiksa yang membawa kepada 10 Arahan di Lapangan, 4 penyediaan kertas siasatan bagi 7 tawaran Izin Mengkompaun, dan 4 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka