PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.1/2023

DOE WP Putrajaya 20/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.1/2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/03/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.1/2023 ?? ?? Tarikh: 8 Mac 2023 (Rabu) ?? Masa: 2.30 - 4.30 Petang ?? Tempat: Secara Hybrid (Bilik Mesyuarat Kenanga, JAS Ibu Pejabat & Google Meet) ???? Pengerusi: YBrs. Puan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) ?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 30 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri, EiMAS, Lembaga-Lembaga Professional dan jururunding yang dilantik. ?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: 1?? Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2023 dan UKM Pakarunding telah dilantik bagi melaksanakan kajian ini. 2?? Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan mekanisma pelaksanaan dan pengurusan bagi orang yang berwibawa dan orang yang layak serta lain-lain perkara yang berkaitan manakala tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan Laporan Insepsi yang telah diterima daripada Jururunding. 3?? Laporan Insepsi ini telah dibangunkan untuk mengemukakan strategi dan pelan serta metodologi pelaksanaan projek secara terperinci bagi perkhidmatan perunding untuk melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board), bagi mencapai hasrat dalam memastikan elemen penjagaan alam sekitar diambilkira dan dilaksanakan oleh ahli-ahli profesional alam sekitar (Environmentalist) dari peringkat perancangan sehingga peringkat operasi bagi sesuatu pembangunan. 4?? Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan oleh Puan Pengerusi dan ahli mesyuarat yang merangkumi hasil kajian yang diharapkan, penglibatan pihak-pihak berkepentingan dalam FGD dan sesi libat urus yang dicadangkan, jadual pelaksanaan kajian dan lain-lain. 5?? Wakil JAS Sabah mencadangkan agar pihak JPAS dan NREB dilibatkan dalam sesi FGD dan sesi libat urus yang akan dilaksanakan bagi mendapatkan input berkaitan memandangkan pihak JPAS juga sedang dalam proses kajian untuk menubuhkan Lembaga Professional Alam Sekitar Sabah (L-PASS). 6?? Wakil JAS Sabah juga meminta untuk pihak jururunding mengambilkira isu pertindihan fungsi dan kuasa sekiranya lembaga yang menjalankan fungsi dan kuasa yang sama ditubuhkan di peringkat Negeri dan Persekutuan serta akan menyukarkan pihak Environmental Professionals / Practioners kerana perlu memenuhi keperluan keahlian bagi kedua-dua lembaga berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan