PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE BULK JETTY AT SIKUATI KUDAT, SABAH

DOE Sabah 20/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE BULK JETTY AT SIKUATI KUDAT, SABAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/03/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE BULK JETTY AT SIKUATI KUDAT, SABAH" ??? ?? Tarikh: 6 Mac 2023 (Isnin) ? Masa: 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari ?? Tempat: Dewan IDS, Wisma SEDIA, Kota Kinabalu ??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Vitalis J. Moduying (Pengarah JPAS) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Agenda Mesyuarat: ?? Kata Alu-aluan Pengerusi; ?? Taklimat Laporan EiA oleh Perunding Alam Sekitar ??????? Penggerak Projek: SBH Kibing Silicon (M) Sdn Bhd ??????? Jururunding EIA: Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. ?? Perbincangan ?? Ringkasan & Laporan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat ini telah dihadiri seramai lebih 30 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA. 2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, dan pihak jururunding EIA, Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pembangunan Jeti Persendirian dan aktiviti dredging di Sikuati, Kudat. 3?? Wakil JAS Sabah telah memberi input mengenai keperluan yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya khususnya dalam pengurusan buangan terjadual dan kawalan pencemaran air marin serta pencegahan tumpahan minyak. Ulasan dan input teknikal secara bertulis telah dikemukakan kepada JPAS melalui surat bertarikh 1 Mac 2023. 4?? Wakil JAS Sabah juga meminta pihak Perunding EIA untuk mengkaji penilaian impak dengan lebih terperinci di kawasan dredged material disposal site terutamanya pencemaran habuk fugitif dan pencemaran air disebabkan oleh sediment run-off. Data baseline hendaklah diambil di lokasi discharged outlet yang dicadangkan memandangkan pemantauan kualiti air akan dilaksanakan sepanjang pelaksanaan projek. 5?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan