Penerangan
26 Januari 2023, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu Tahun Baru Cina 2023 bersama JSPT PDRM bermula jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi bertempat di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai sembilan orang pegawai dari JASWPKL. Penguatkuasaan yang dijalankan oleh JASWPKL adalah khusus kepada penguatkuasaan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 40 ujian visual. Dari jumlah tersebut, sebanyak tujuh buah kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter bunyi bising manakala satu kompaun dan tiga Notis Arahan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987 dan Seksyen 48A, AKAS, 1974 telah dikeluarkan.