Penerangan
11 Mac 2023, Tanjong Karang – Sempena pra-sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar negeri Selangor telah menganjurkan Program KUDAH dan Penanaman Pokok Bakau bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) – 1 RAS 1 POKOK. Program bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Negeri Selangor tentang tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sekaligus menjadikan ianya suatu budaya.