PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DAN PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

DOE Perlis 20/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DAN PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/03/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

12 MAC 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan Program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) dan pameran sempena Kejohanan Sukan Antara Institut Pendidikan Guru Malaysia 2023 yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Sambutan kejohanan sukan berlangsung pada 11 & 12 Mac 2023 dengan pelbagai jenis aktiviti di sepanjang program antaranya pertandingan bola sepak, bola jaring, bola tampar, boling padang dan lain-lain. Turut diadakan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta gerai jualan. Selain pameran, JAS juga menjalankan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan para peserta program bagi memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai pengurusan e-waste. JAS turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada para pengunjung. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan