Penerangan
20 Februari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Pengerang, Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan tindakan penambahbaikan oleh pihak premis. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.