PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAWATAN KE TAPAK STESEN CR17M SUNGAI KESANG, MELAKA

DOE Melaka 09/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KE TAPAK STESEN CR17M SUNGAI KESANG, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/03/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

9 Mac 2023, JASIN, MELAKA – Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan lawatan tapak di stesen pengawasan Jabatan Alam Sekitar di Sungai Kesang, Jasin iaitu stesen CR17M susulan rancangan tebatan banjir (RTB) Bandar Jasin dimana projek dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka telahpun bermula. Stesen ini yang terletak di Sungai Kesang, Jasin, Melaka bertujuan memantau kualiti air sungai dimana orang awam boleh melihat status kualiti air sungai di aplikasi RQIMS Jabatan Alam Sekitar di laman sesawang rasmi Jabatan. Maklumat yang boleh dilihat adalah samada sungai tersebut ‘clean’, ‘slightly polluted’ atau ‘polluted’. Sungai yang merupakan sumber air minuman merupakan sumber yang cukup penting kepada kehidupan manusia. Hari Air Sedunia atau World Water Day yang disambut pada 22 Mac setiap tahun merupakan suatu acara tahunan yang disambut bagi memperbaharui tekad dan azam serta memberi fokus kepada kepentingan sumber air selain usaha mempelopori pembangunan sumber air secara lestari. Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘BE THE CHANGE YOU WANT TO SEE IN THE WORLD’. #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan