PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL 2/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 06/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL 2/2023 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/03/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

3 Mac 2023, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 2/2023 ke atas premis-premis industri yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) daripada 1 hingga 2 Mac 2023. PYBDT adalah premis-premis yang tidak dilesenkan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala PYDT adalah premis-premis yang dilesenkan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi gempur ini dianggotai seramai 19 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Sebanyak 17 premis telah diperiksa yang membawa kepada tindakan 17 Arahan segera di Lapangan, 8 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, 4 Notis Arahan dan 1 Lesen PYDT digantung oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang awam adalah dijemput untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan