PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS KE PREMIS PENGOLAHAN KEMBALI BUANGAN TERJADUAL

DOE Perlis 07/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS KE PREMIS PENGOLAHAN KEMBALI BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/03/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

1 MAC 2023, ARAU - Bahagian Bahan Berbahaya Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan lawatan kerja bagi melihat pengurusan buangan terjadual di salah sebuah premis pengolahan kembali buangan terjadual yang dilesenkan oleh JAS. Lawatan Kerja ini diketuai oleh Pengarah bahagian Bahan Berbahaya Yang Berusaha Tuan TS. Azlan bin Ahmad dan disertai beberapa pegawai kanan dari bahagian Bahan Berbahaya dari Ibu Pejabat serta pegawai dari JAS Perlis. Lawatan kerja ini adalah bagi melihat pengendalian dan pengurusan buangan terjadual di premis tersebut, selain turut membincangkan hala tuju dan isu-isu berkaitan bagi menjamin pengurusan buangan terjadual yang lebih mantap untuk masa depan. Jabatan Alam Sekitar sentiasa komited untuk memastikan pematuhan alam sekitar di kalangan pihak industri sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang masa beroperasi demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi masa kini dan akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan