Penerangan
19 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Aduan (Unit Aduan) dan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Barat ) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti memproses plastik terpakai di Kulai susulan aduan kacauganggu bau yang diterima.
Hasil pemeriksaan mendapati aduan adalah berasas di mana pihak premis gagal mengambil langkah-langkah bagi mengawal pelepasan bau yang terhasil dari mesin “extruder” yang mengakibatkan kacauganggu sekaligus gagal mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 2014. Pihak premis telah diarahkan untuk menghentikan semua operasi dan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas 3 unit mesin “extruder” telah dilakukan serta merta.
Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga Alam Sekitar bersama serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.