Penerangan
15 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Unit Buangan Terjadual (Penguatkuasaan) JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan yang berada di bahu jalan dan membawa muatan yang mencurigakan.
Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah digunakan untuk membawa buangan terjadual tanpa lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Kenderaan dan muatan telah disita dan ditahan di Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bahan Berbahaya dan Industri Hijau, Melaka untuk siasatan lanjut.
Semua pihak diingatkan sebarang pengangkutan haram buangan terjadual adalah satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling. Jabatan Alam Sekitar tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan pendakwaan bagi kes sebegini.