PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS-MBPG-PDRM SIASAT ADUAN BAU DIESEL DI JALAN SELUANG

DOE Johor 07/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS-MBPG-PDRM SIASAT ADUAN BAU DIESEL DI JALAN SELUANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/03/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

16 Februari 2023, Pasir Gudang : Susulan aduan awam berkenaan pencemaran bau diesel sejak tiga hari lalu di Jalan Seluang, Taman Tanjung Puteri Resort, satu operasi secara bersepadu melibatkan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan PDRM dari IPD Seri Alam telah bersama-sama menyiasat sejak 14 Februari 2023. Siasatan dijalankan dengan menyusuri anak sungai dan sepanjang longkang awam di Jalan Seluang hingga ke Jalan Sembilang, Taman Pasir Putih. Pemantauan drone di sekitar lokasi aduan bagi mengenalpasti punca-punca yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air. Siasatan susulan pada 15 Februari 2023 telah menemui punca bau tersebut dari sebuah premis yang menjalankan aktiviti pengangkutan dan cucian lori. Persampelan telah dijalankan dan dihantar di Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak premis telah diarahkan untuk menghentikan serta merta pelepasan air cucian ke perairan daratan dan mengambil tindakan pembaikan bagi menghentikan pencemaran dari berterusan dan menyebabkan gangguan bau busuk kepada penduduk terhampir.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan