TARIKH/ HARI: 01 Mac 2023 (RABU)
MASA: 11.20 pm
LOKASI: KAWASAN PERINDUSTRIAN SG. PURUN
Aduan diterima daripada Ketua Cawangan JAS Kajang dan pasukan penyiasat terus ke lokasi kejadian. Sebaik tiba dilokasi, tinjauan di kawasan yang diadu mendapati tiada bau dan kesan di dalam longkang.
Pasukan penyiasat telah menyusuri longkang dan telah menjumpai kesan kuning daripada sebuah kilang pembuatan berasaskan makanan. Semasa siasatan dijalankan didapati premis beroperasi tetapi Tiada pelepasan air basuhan.
Semakan pada "sump" dalam kilang mendapati sludge berminyak terkumpul Di dalam "sump". Semakan Di bahagian oil trap didapati ianya dipenuhi air basuhan yang berminyak dan dimaklumkan yang air basuhan ini akan dialirkan kedalam"Septik Tank" Kumbahan (Kumbahan persendirian).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, disyaki pelepasan air daripada "over flow" dari tangki Septik yang telah dipenuhi oleh air basuhan dari proses.
Tindakan yang diambil:
- Bagi mengelakkan pencemaran terus berlaku,pihak premis diminta untuk menyelenggara atau menyedup tangki Septik.
- Menjalankan pembersihan di longkang awam (telah dibersihkan pada 28.2.2023).
- Premis juga diminta untuk menjalankan IECS.
- Premis juga telah diarah untuk membina wwtp(Premis dalam proses menilai sebut harga daripada perunding).
- Premis juga diarahkan untuk menghantar laporan bergambar kerja-kerja penyedupan.