Penerangan
TARIKH: 21/02/ 2023 (SELASA)
MASA: 1.00PM- 2.00PM
LOKASI: KAWASAN PERINDUSTRIAN HI-TECH 5, SEMENYIH.
Sebuah premis yang menjalankan aktiviti berasaskan aluminium telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38 (a)(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akibat gagal mengemukakan sebarang kelulusan ke atas pemasangan alat kawalan pencemaran bagi loji rawatan air sisa dan rekod pelupusan buangan terjadual pada 22 Februari 2023 yang lalu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kajang. Tindakan ini diambil bagi memastikan tiada proses yang berkemungkinan menghasilkan pencemaran berlaku serta berlakunya pencemaran yang berterusan. Tindakan ini juga adalah sebagai langkah pencegahan bagi memastikan tiada gangguan pada loji rawatan air Sg. Semenyih.
Pihak premis telah di arahkan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan tiada pencemaran berlaku dan memberi maklumbalas tindakan dengan kadar segera.