Penerangan
15 Februari 2023, KULAI : Unit Aduan & Kontigensi dan Pasukan Penguatkuasa (JB Barat) menjalankan siasatan aduan pencemaran air sungai. Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas. Penjejakan dijalankan dengan menyusur anak sungai sehingga menjumpai premis yang menyumbang kepada pencemaran sungai iaitu premis yang menjalankan aktiviti stor penyimpanan keladak sawit.
Tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) di premis dijalankan serta merta. Arahan bertulis di lapangan dikeluarkan menghendaki premis menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan segera.