Penerangan
13 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB-Timur) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang bukan ditetapkan bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati premis mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil beberapa tindakan penambahbaikan terutamanya dalam pengurusan buangan terjadual. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.