Penerangan
14 Februari 2023, KOTA TINGGI – Pasukan Penguatkuasa JAS Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang memerlukan tindakan pembaikan dilaksanakan. Arahan lapangan telah dikeluarkan ke atas premis bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Tindakan penguatkuasaan susulan akan dikeluarkan sekiranya tidak mengikut arahan yang dikeluarkan.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.