PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH DAN PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

DOE Perlis 01/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH DAN PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/03/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

26 FEBRUARI 2023, ARAU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan Program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah dan pameran sempena Program “Perlis Matriculation Carnival (PerMaC) Open Day 2023 yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis. Sambutan hari terbuka berlangsung antara 24-26 Februari 2023 dengan pelbagai pengisian aktiviti sepanjang tarikh tersebut. Antaranya program Tadabbur Al-Quran, Ceramah Agama, ‘Bendang Walk’, Pertandingan Mewarna, Persembahan Drone, Sukaneka Rakyat, ‘Paintball’, Pertandingan Memancing, Pertandingan Karaoke, gerai jualan dan banyak lagi aktiviti. Turut diadakan pameran oleh agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan swasta juga melibatkan Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis, Universiti Malaysia Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis, bank-bank dan lain-lain. Selain pameran, JAS Perlis juga menjalankan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah kepada seluruh warga Kolej Matrikulasi Perlis, penduduk berdekatan dan para peserta program bagi memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai pengurusan ewaste. JAS Perlis turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung dan menjalankan aktiviti Kuiz ‘Roda Alam’ kepada para pengunjung. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Matrikulasi Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_feb2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan