PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/03/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

13 Februari 2023, SENAI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Kawasan Perindustrian Senai bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemeriksaan mendapati premis tidak patuh kepada peraturan-peraturan yang tertakluk ke atasnya iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik bagi mengelakkan ketidakpatuhan / potensi pencemaran berlaku. Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan