PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JAS-MBPG, KILANG MAKANAN DITAHAN OPERASI

DOE Johor 01/03/2023 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JAS-MBPG, KILANG MAKANAN DITAHAN OPERASI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
01/03/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

PASIR GUDANG, 13 Februari 2023 - Sebuah kilang makanan telah diarahkan memberhentikan operasi serta-merta dalam sebuah operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Kilang tersebut melepaskan efluen berbau busuk dan bewarna hitam ke dalam longkang awam. Persampelan efluen telah dijalankan untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya. Sehubungan itu, tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya pihak kilang menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan