Penerangan
13 Februari 2023, SEGAMAT – Pasukan Penguatkuasa JAS Johor Cawangan Muar telah menjalankan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Mukim Buloh Kasap, Segamat. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat lesen yang telah ditetapkan.
Arahan Lapangan telah dikeluarkan ke atas premis bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.