Penerangan
13 Februari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) di Pengerang, Kota Tinggi bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis patuh kepada peraturan-peraturan yang tertakluk ke atasnya iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik bagi mengelakkan ketidakpatuhan / potensi pencemaran berlaku. Arahan lapangan telah dikeluarkan bagi tujuan tersebut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekitar.