PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI KUNJUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI SYARIKAT PETRONAS CARIGALI KE JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI KUNJUNGAN PEGAWAI-PEGAWAI SYARIKAT PETRONAS CARIGALI KE JAS TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 27 Februari 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjugan pegawai-pegawai Syarikat PETRONAS CARIGALI ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu hari ini. Sesi kunjugan ini disambut oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Negeri Terengganu, seterusnya beliau juga mempengerusikan sesi perbincangan berhubung isu-isu berkaitan dengan pematuhan kemudahan-kemudahan  di bawah seliaan Syarikat PETRONAS CARIGALI dan jalinan kerjasama sebagai rakan strategik  dalam program-program kelestarian alam sekitar di negeri ini. Hadir sama dalam sesi pertemuan ini adalah  Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar, pegawai-pegawai kanan Jabatan dan  pasukan penguatkuasa yang berpejabat di JAS Kuala Terengganu dan Cawangan Kemaman. Pada akhir sesi pertemuan ini, Tuan Pengarah JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas komitmen Syarikat PETRONAS CARIGALI untuk sentiasa proaktif dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan