PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gempur JAS : Tujuh premis gagal patuhi peraturan

DOE Terengganu 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur JAS : Tujuh premis gagal patuhi peraturan
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU – Tujuh premis di negeri ini dikesan gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, pengesanan tersebut hasil Operasi Gempur yang diadakan jabatan itu selama lima hari bermula 12 Februari lalu di seluruh negeri melibatkan 15 anggota penguatkuasa JAS. “Sepanjang operasi tersebut, kita telah memeriksa sebanyak 37 premis dan daripada jumlah itu, 30 premis didapati mencapai tahap pematuhan baik di bawah tiga peraturan ditetapkan. “Ia melibatkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluan Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. “Namun, tujuh premis berada pada tahap tidak memuaskan dan kita telah mengambil tindakan terhadap mereka iaitu 37 arahan lapangan (Field Citation), 11 syor kompaun, empat notis arahan, satu penahanan operasi kelengkapan dan satu kertas siasatan dibuka,” katanya di sini pada Selasa. Menurut Ramli, tindakan diambil kerana kegagalan pengusaha premis mematuhi Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Udara Bersih) 2014. Beliau berkata, premis yang tidak patuh telah diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh JAS. Katanya, pemeriksaan susulan ke atas premis-premis tersebut akan dibuat selepas tempoh arahan tamat dalam memastikan semuanya berada pada tahap pematuhan yang baik. “JAS Terengganu sebagai jabatan penguatkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan. “Tindakan ini menunjukkan kami tegas dalam menangani premis-premis bermasalah dan mencemarkan alam sekitar di negeri ini demi memastikan masyarakat dapat tinggal dalam persekitaran yang sejahtera,” katanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan