Penerangan
KUALA TERENGGANU, 27 Februari 2023- JAS Terengganu telah mengaktifkan Operasi Gempur (Ops Gempur) selama 5 hari bermula pada 12 hingga 16 Februari 2023.
Ops Gempur ini telah melibatkan seramai 15 anggota dengan 5 pasukan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 37 buah premis.
Hasil pemeriksaan ini, 30 premis, telah berjaya mencapai tahap pematuhan yang baik di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluan Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Tindakan penguatkuasaan yang diambil, hasil OPS Gempur ini adalah, mengeluarkan 37 “ Field Citation”, 11 kompaun, 4 Notis Arahan dan 1 Syor Penahan Operasi Kelengkapan Premis yang tidak patuh telah diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikian segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Pemeriksaan susulan ke atas premis-premis tersebut akan dibuat dalam memastikan semuanya berada pada tahap pematuhan yang baik.
JAS Terengganu, sebagai Jabatan penguatkuasa, tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.
Tindakan susulan yang diambil ini, menunjukkan, JAS Terengganu amat tegas dalam menangani premis-premis bermasalah dan mencemarkan alam sekitar di negeri ini, demi memastikan masyarakat secara keseluruhannya berada dalam keadaan alam sekitar yang sejahtera.