Penerangan
20 Februari 2023 - Pendang, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Pendang telah menjalankan operasi bersepadu bagi kawalan pelepasan daripada enjin diesel bertempat di Jalan Pendang - Tanah Merah, Pendang, Kedah.
Sebanyak 29 kenderaan telah diperhati dan tujuh (7) kenderaan telah diuji. Hasil ujian mendapati tiga (3) kenderaan telah GAGAL.
Dua (2) kenderaan berenjin diesel telah diambil tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga dikeluarkan kepada pemilik kenderaan untuk menjalani ujian pelepasan asap di PUSPAKOM.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaskedah