PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN ADUAN DARIPADA PENDUDUK KAMPUNG AKIBAT PEMBUANGAN SISA TERNAKAN LEMBU TENUSU

DOE Kedah 01/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN ADUAN DARIPADA PENDUDUK KAMPUNG AKIBAT PEMBUANGAN SISA TERNAKAN LEMBU TENUSU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

15 Februari 2023 - Alor Setar, Kedah Sepasukan Unit Aduan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis penternakan lembu tenusu di Daerah Padang Terap susulan aduan yang diterima daripada Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap mengenai pencemaran bau. Beberapa agensi kerajaan yang turut terlibat di dalam pemeriksaan ini iaitu Majlis Daerah Padang Terap, Pejabat Penghulu Mukim Padang Terap, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Pemeriksaan bersepadu ini bertujuan untuk menjalankan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan bidang kuasa mengikut jabatan/agensi yang terlibat serta berbincang mengenai kaedah yang relevan dan sesuai bagi menangani isu pencemaran sungai sehingga menimbulkan kacau ganggu iaitu bau kepada penduduk sekitar yang disebabkan oleh aktiviti penternakan ini. Hasil pemeriksaan mendapati premis ini tidak memiliki sebarang kelulusan atau kebenaran beroperasi oleh mana-mana agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Premis ini beroperasi tanpa menyediakan kemudahan atau suatu kaedah rawatan yang sewajarnya terhadap sisa ternakan lembu yang terhasil mengikut garis panduan sedia ada. Sebaliknya ia lepaskan secara terus ke perparitan kampung dan memasuki sungai sedia ada. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar ditalian bebas tol 1-800-88-2727, emel yang beralamat [email protected] atau portal aduan di laman https://[email protected]. #NRECC #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan