Penerangan
13 Februari 2023 - Pokok Sena, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Kedah telah menjalankan operasi bersepadu bagi kawalan pelepasan daripada enjin diesel dan bunyi bising motosikal. Turut sama dalam operasi bersepadu tersebut adalah penguatkuasa daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah.
Sebanyak 107 kenderaan telah diperhati dan 20 kenderaan telah diuji. Hasil ujian mendapati 10 kenderaan telah GAGAL. Lima (5) kenderaan berenjin diesel telah diambil tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Manakala lima (5) lagi motosikal telah diambil tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaskedah
#ukb_jaskedah