Penerangan
12 Feb 2023 - Langkawi, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Langkawi telah dijemput bagi mengadakan pameran di Program Langkawi Invest Day 2023 anjuran Langkawi Authority Development (LADA).
Program ini bertujuan untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan baru khususnya sektor perkhidmatan pelancongan yang masih belum diterokai di pulau lagenda ini.
Ruang pameran Jabatan Alam Sekitar turut dikunjungi oleh YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail, Senior State Executive Council Member Of Kedah dengan kehadiran seramai 219 orang peserta.
#NRECC
#JabatanAlamSekitar
#JasKedah
#JasCawLangkawi
#AlamSekitarTanggungjawabBersama