PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PENCEMARAN INDUSTRI SEMPENA CUTI THAIPUSAM

DOE Johor 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PENCEMARAN INDUSTRI SEMPENA CUTI THAIPUSAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

6 Februari 2023, ULU TIRAM : Sepasukan pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor melakukan rondaan pencemaran industri dan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) sempena cuti Thaipusam telah mendapati terdapat perubahan warna air sungai di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang. Hasil daripada siasatan pegawai sepanjang alur sungai mendapati sebuah premis yang menjalankan pengilangan dan penyaduran logam telah melepaskan efluen tidak terawat dan berwarna terus ke longkang awam. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan ke atas premis dan pihak premis telah diarah mengambil tindakan pembaikan dan pembersihan serta-merta. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan