Penerangan
8 Feb 2023, JOHOR BAHRU - Sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor mendapati sebuah premis yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan DI Tank telah melepaskan efluen tidak terawat terus ke longkang awam semasa rondaan pencemaran industri dijalankan.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan ke atas premis dan pihak premis diarah mengambil tindakan pembaikan serta-merta bagi memastikan pelepasan efluen sentiasa mematuhi had parameter yang dibenarkan.
Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.