PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA OLEH JAS CAWANGAN MUAR

DOE Johor 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM KAWALAN PENCEMARAN UDARA OLEH JAS CAWANGAN MUAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

9 Februari 2023, TANGKAK: Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis Kilang Kelapa Sawit di Daerah Tangkak berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi pemasangan SKPU jenis electrostatic precipitator (ESP). Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati SKPU ini dibina mengikut lukisan sebagaimana binaan seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Pemeriksaan ke atas rekod pelepasan asap mendapati bacaan Opacity dan Total Particulate Matter (TPM) adalah Patuh. Alat pemantauan prestasi yang dipasang juga berfungsi dengan baik. Pemantauan dari semasa ke semasa melalui sistem i-Remote juga akan dijalankan bagi memastikan segala pelepasan yang keluar dari cerobong premis Patuh di bawah Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan