Penerangan
Bengkel anjuran The World Bank telah diadakan selama 3 hari di Danang, Vietnam. Seramai 8 delegasi Malaysia yang terdiri daripada pegawai JAS (3) dan wakil industri (5) telah menghadiri bengkel pada kali ini.
Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan teknologi alternatif kepada bahan pemusnah ozon dan bahan potensi pemanasan global yang tinggi yang digunapakai dalam pelbagai sektor industri pembuatan seperti peralatan penyejukbekuan dan penyaman udara bagi penggunaan industri dan kediaman, bahan pemadaman kebakaran, penyaman udara kenderaan serta pembuatan busa. Pelbagai perkongsian telah dibuat bagi menjawab persoalan berkaitan polisi Protokol Montreal, teknikal, dan operasi dalam pelaksanaan pengurangan penggunaan Bahan Terkawal; perkongsian pengalaman oleh pelbagai negara berkenaan kejayaan dan cabaran; serta perbincangan mengenai pembangunan teknikal dan teknologi yang berkaitan dengan pelaksanaan Protokol Montreal.
Tang The Cuong, Ketua Pengarah Jabatan Perubahan Iklim, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Vietnam telah menyempurnakan bengkel ini. Seramai lebih kurang 80 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat pengimport dan industri dari rantau Asia Timur dan Pasifik telah menghadiri bengkel ini.
Tarikh : 22 - 24 Februari 2023
Tempat : Da Nang, Vietnam