Penerangan
8 Februari 2023, KLUANG – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kluang telah menjalankan pemantauan ke atas sebuah premis kitar semula plastik terpakai dan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana masih gagal menyediakan akuan bertulis dan lukisan seperti dibina bagi pembinaan sistem pengolahan efluen perindustrian yang telah lama beroperasi.
Pemain industri dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya sebelum beroperasi. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.