Penerangan
7 Februari 2023, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Ditetapkan (PYDT) iaitu Kilang Kelapa Sawit di Kota Tinggi bagi memastikan premis patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan syarat lesen yang telah ditetapkan.
Hasil pemeriksaan mendapati premis mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang tertakluk ke atasnya dan juga syarat lesen yang telah ditetapkan. Premis diminta untuk meneruskan pematuhan sepenuhnya terhadap AKAS 1974.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.