PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN & PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 16/06/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN & PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

5 Februari 2023, KULAI - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat ) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Jalan Cermai 8, Kulai berdasarkan aduan yang diterima daripada seorang penduduk tempatan mengenai pencemaran asap dari sebuah kilang. Hasil siasatan mendapati kilang tersebut telah ditutup dan tidak beroperasi namun terdapat pembuangan sampah sarap dan kesan pembakaran terbuka ditebing sungai berdekatan kilang tersebut. Lokasi ini disyaki dijadikan tempat pembuangan sampah haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Agensi berkaitan juga telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya. Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga alam sekitar serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan