Penerangan
6 Februari 2023, BATU PAHAT - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Batu Pahat telah menjalankan pemeriksaan ke atas Premis Yang Ditetapkan Kilang Kelapa Sawit bagi memastikan premis patuh sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Syarat Lesen yang telah ditetapkan.
Pemeriksaan secara komprehensif telah dijalankan dan premis mematuhi sepenuhnya syarat lesen yang telah ditetapkan.
Pihak industri juga diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tiada pencemaran kepada alam sekeliling.