Penerangan
6 Februari 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat ) telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis memproses getah di Batu 24 1/2, Jln. Air Hitam, Kulai bagi memastikan pematuhan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 204 dan Syarat-syarat Lesen Kilang Getah Malaysia. Hasil pemeriksaan mendapati pihak premis gagal mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 2014. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada pihak premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga Alam Sekitar bersama serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.