PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

OPS LEMBANGAN BIL. 2/2023 - JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS LEMBANGAN BIL. 2/2023 - JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

20 – 22 Februari 2023 SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah selesai menjalankan Ops Lembangan Bil 2/2023. Operasi Gempur ini memfokuskan kepada pematuhan Premis Yang Bukan Ditetapkan(PYBDT) di kawasan Lembangan Langat, Linggi dan Lembangan Muar. Operasi ini melibatkan 15 orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada 5 pasukan. Sebanyak 28 premis telah diperiksa dengan 7 Notis Arahan dan 6 Syor Kompaun. Sebanyak dua (2) persampelan rasmi efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Terdapat juga satu (1) premis yang telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) atas ketidakpatuhan di bawah peraturan- peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan selanjutnya,setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia. Sehubungan dengan itu, premis-premis dinasihatkan agar memastikan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya semasa beroperasi. Diharapkan dengan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan