Penerangan
SESI PERBINCANGAN DUA HALA ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) DENGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia) BERHUBUNG DENGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) ???
?? Tarikh: 23 Februari 2023 (Khamis)
? Masa: 2.30 - 5.00 Petang
?? Tempat: Secara Hibrid (Bilik Mesyuarat, JAS IP & Aplikasi Google Meet)
?????????????? Pengerusi: YBrs. Tuan KPAS JAS Malaysia & YBrs. KP PlanMalaysia
??????? Wakil JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Perbincangan:
?? Sesi Perbincangan Dua Hala antara JAS Malaysia dengan PLANMalaysia ini merupakan sesi perbincangan kali kedua di mana sesi perbincangan kali pertama telah diadakan pada 25 April 2022.
?? Sesi perbincangan kali adalah bertujuan untuk membincangkan bagi meneliti isu berkaitan peruntukan di bawah Perintah EIA 2015, Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar serta isu-isu berkenaan rancangan pemajuan atau rancangan fizikal Negara di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.
??Mesyuarat dimaklumkan pihak JAS dalam peringkat menambahbaik pelaksanaan proses kerja berhubung dengan penilaian kepada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) yang dikemukakan kepada Jabatan.
?? Berdasarkan penelitian pihak JAS, beberapa isu utama telah dikenalpasti melibatkan peranan dan tanggungjawab di bawah bidang kuasa PLANMalaysia sebagai agensi berkepentingan dalam memberikan input perancangan pembangunan dalam penilaian kepada Laporan EIA yang diterima oleh JAS.
?? Antara hasil sesi perbincangan dan resolusi yang dipersetujui antara JAS dan PLANMalaysia adalah seperti berikut:
1?? Penggunaan Rancangan Fizikal Negara & Rancangan Pemajuan bagi maksud di bawah Seksyen 34A(4)(a) tidak semestinya diwartakan tetapi apabila Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah memberi persetujuan di bawah Subseksyen 15(1C), RT tersebut telah berkuatkuasa.
2?? Bagi kes projek EIA di kawasan KSAS yang telah diterokai, perbincangan lanjut dan terperinci perlu dibuat antara pihak JAS dengan PLANMalaysia bagi menentukan halatuju dan penyelesaian yang boleh dibuat bagi kes-kes seumpama ini.
3?? RFN4 menggariskan di bawah Tindakan KD 2.2B Menetapkan zon penampan di luar sempadan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1. Keperluan menetapkan zon penampan bertujuan menyeragamkan jarak zon penampan yang bersesuaian dengan aktiviti guna tanah. Tindakan ini memberi fokus kepada pengurusan zon penampan melalui penetapan minimum antara 100-500meter zon penampan yang bersesuaian dan tertakluk kepada garis panduan yang disediakan oleh agensi berkepentingan bagi pembangunan baharu.
4?? RFN4 di bawah Strategi KD 2.2 Mengurus dan Mengawal Selia Pembangunan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) telah menggariskan tindakan khusus menerusi rangka kerja KSAS yang meliputi Tahap serta kriteria pengurusan.
5?? Ketua Pengarah JAS mengesyorkan satu jawatankuasa kerja / teknikal diwujudkan yang melibatkan pihak JAS dengan PLANMalaysia bagi mengkaji semula keperluan skop kajian EIA yang melibatkan selain daripada skop impak kepada alam sekitar seperti SIA, TIA, MRTA, HIA dan lain-lain yang mana perlu diambilkira oleh Pihak Berkuasa Meluluskan (PBM) meluluskan projek.