Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN KUALITI AIR DARI TELAGA BORING KEM LOK KAWI
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 28/02/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
PEMERIKSAAN KUALITI AIR DARI TELAGA BORING KEM LOK KAWI ??????????????
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah menerima permohonan daripada Markas Divisyen 5 Kem Lok Kawi bagi membantu pihak Kem Lok Kawi untuk menjalankan persampelan ke atas air daripada hasil galian boring pertama yang telah dilaksnakan oleh Rejimen Jurutera DiRaja Tentera Darat atas masalah ketiadaan air di seluruh kem Lok Kawi.
JAS Sabah telah memaklumkan berhubung peranan agensi lain yang juga berkaitan dalam perkara ini seperti Jabatan Mineral & GeoSains serta Kementerian Kesihatan Malaysia terutama bagi Kualiti Air Minum serta mencadangkan lawatan bersama.
JAS Sabah telah membantu menjalankan persampelan kuaiti air tanah mengikut Standard Kualiti Air Tanah oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pihak Tentera Darat Kem Lok Kawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Alam Sekitar atas bantuan dan sokongan yang diberikan