PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI LIBAT URUS 2.0 UNTUK MENYIAPKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU BAHARU & HAB INDUSTRI AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD

DOE Sabah 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS 2.0 UNTUK MENYIAPKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU BAHARU & HAB INDUSTRI AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

SESI LIBAT URUS 2.0 UNTUK MENYIAPKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU BAHARU & HAB INDUSTRI AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD ?? ??? Tarikh: 17 Februari 2023 (Jumaat) ?? Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari ?? Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota KInabalu ??????? Wakil JAS Sabah: PP FM ?? Ringkasan Laporan Sesi Libat Urus: ??????? Sesi libat urus ini adalah kesinambungan hari pertama (16 Februari 2023) yang bertujuan untuk membincangkan rekabentuk teknikal dan pelan susunatur lapangan terbang dan Hab Industri-Aerotropolis yang dicadangkan. ??????? Wakil JAS Sabah mencadangkan kepada pihak perunding untuk memperbesarkan zon kajian bagi tujuan EIA dan SIA kepada 16 KM (10 miles) radius dan zon impak kepada 8 KM berbanding 5 KM radius memandangkan berdasarkan kajian yang dilaksanakan, faktor yang mempengaruhi kejayaan pemilihan tapak lokasi bagi suatu projek lapangan terbang adalah merujuk kepada "16 KM within site consideration with significance bearing" dan "public safety zone" boleh sampai ke jarak sehingga 8 KM. ??????? Pihak perunding mencadangkan satu loji sistem pengolahan kumbahan (STP) yang baru dibina untuk pengurusan sisa kumbahan daripada operasi lapangan terbang yang dicadangkan. Wakil JAS Sabah memaklumkan pembinaan loji STP hendaklah dibuat secara holistik dengan mengambilkira pembangunan di sekitar lapangan terbang yang dicadangkan untuk pembangunan hab industri aerospace dan pembangunan industri pelancongan seperti resort, hotel dan lain-lain aktiviti yang dicadangkan. Sebarang pembinaan STP berkapasiti 20,000 P.E. dan lebih hendaklah dimasukkan dan dibincangkan terperinci dalam Laporan EIA yang akan dikemukakan kepada JAS. ??????? Wakil JAS Sabah juga mencadangkan untuk pihak perunding mengkaji kebolehlaksanaan penggunaan tenaga solar sebagai alternatif tenaga tambahan yang diperlukan untuk operasi kemudahan sokongan lapangan terbang selain daripada bekalan elektrik daripada loji janakuasa bahanapi fosil sediaada di Kimanis. Ini adalah selaras dengan Sustainable Development Goal (SDG) bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak diperbaharui. ??????? Memandangkan di dalam masterplan pembangunan projek ada cadangan untuk pembangunan agri-tech dan smart farming, Wakil JAS Sabah mencadangkan pembangunan berkenaan diintegrasikan dengan pembangunan solar farm yang boleh menjadi sumber tenaga elektrik tambahan kepada kemudahan sokongan lapangan terbang. Kemudahan utama operasi lapangan terbang hendaklah menggunakan sumber bekalan tenaga yg konsisten, berterusan dan reliable (i.e. PMU SESB). ??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan, kemudahan fasiliti penyelenggaraan di lapangan terbang yang dicadangkan hendaklah dilengkapkan dengan kemudahan penstoran buangan terjadual berpusat bagi memudahkan pengurusan serta penyelarasan inventori buangan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan