Penerangan
SESI LIBAT URUS 2.0 UNTUK MENYIAPKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN CADANGAN PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU BAHARU & HAB INDUSTRI AEROTROPOLIS DI KIMANIS, DAERAH PAPAR, SABAH USAHASAMA ANTARA QHAZANAH SABAH BERHAD BERSAMA BEJAYA LAND BERHAD ??
??? Tarikh: 16 Februari 2023 (Khamis)
?? Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota KInabalu
??????? Wakil JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Libat Urus:
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah pembinaan baru Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hab Industri-Aerotropolis di Mandahan Estate, Kimanis, Papar, Sabah. Cadangan Kimanis KKIA Aerotropolis Masterplan terdiri daripada Airport & Aerospace Industries, Township & Tourism dan Industrial Park & Agri-tech.
??????? Tujuan sesi libat urus diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta pandangan terhadap cadangan pembangunan peralihan lapangan terbang KKIA dan Hab Industri-Aerotropolis bagi memastikan kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan dapat dilengkapkan secara tepat dan menyeluruh.
??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan terdapat cadangan daripada KKTP Sabah dan JPSPN untuk pembangunan tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di kawasan yang sama. Pihak Perunding mengesahkan kawasan yang dicadangkan overlap dengan tapak cadangan pembinaan baru Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hab Industri-Aerotropolis. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Sabah perlu membuat pilihan yang mana satu projek yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan mengikut keutamaan.
??????? Pihak Perunding telah maklum bahawa aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 2(a): Pembinaan aerodrom baru yang melibatkan landasan terbang sepanjang 1000 meter atau lebih, Perintah EIA 2015. Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Aerodrome Development, 2020". Dokumen TOR dan Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat, Putrajaya untuk kelulusan.
??????? Wakil JAS Sabah juga menekankan mengenai keperluan untuk menyelesaikan isu berkaitan tanah dan zon perancangan tapak yang dicadangkan terlebih dahulu sebelum kajian EIA dilaksanakan bagi mengelakkan isu semasa peringkat mendapatkan kelulusan Laporan EIA.
??????? Sesi libat urus akan bersambung esok (17 Februari 2023) bagi membincangkan rekabentuk teknikal dan pelan susunatur lapangan terbang dan Hab Industri-Aerotropolis yang dicadangkan. Semua agensi teknikal dimohon untuk hadir memberikan input teknikal terhadap cadangan yang akan dibentangkan oleh pihak perunding esok.