PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN POLYSILICON BAGI PANEL SOLAR OLEH SYARIKAT SUBSIDIARI KUMPULAN KIBING

DOE Sabah 28/02/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN POLYSILICON BAGI PANEL SOLAR OLEH SYARIKAT SUBSIDIARI KUMPULAN KIBING
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PELABURAN KILANG PEMBUATAN POLYSILICON BAGI PANEL SOLAR OLEH SYARIKAT SUBSIDIARI KUMPULAN KIBING ?? ??? Tarikh: 14 Februari 2023 (Selasa) ?? Masa: 2.30 - 4.30 Petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Kewangan, KK ??????? Pengerusi: YBhg. Datuk SUT MID Sabah ?? Input Mesyuarat: ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah kilang pengeluaran produk polysilicon untuk pembuatan panel solar dengan kapasiti melebihi 100 tan sehari dan melibatkan pembinaan loji janakuasa dengan penghasilan tenaga elektrik sebanyak 630 MW untuk kegunaan kilang (domestik). ??????? Lokasi awal tapak yang dicadangkan terletak di kawasan perindustrian Sabah Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang. Pemaju Projek adalah anak syarikat kepada Kibing Group. ??????? Teknologi dan bahanapi yang dikenalpasti adalah menggunakan tenaga hidro, bahanapi fossil seperti gas asli dan bahan api arang batu. ??????? Wakil JAS memaklumkan, aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a): Industri Kimia, bagi aktiviti pengeluaran polysilicon dan Jadual Pertama atau Kedua, Aktiviti 11, Perintah EIA 2015 bagi aktiviti penjanaan tenaga bergantung kepada jenis bahanapi yang akan digunakan. ??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Chemical Plants, 2019" dan "EIA Guidelines for Thermal Power Generation and Transmission Projects, 2019". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Negeri Sabah untuk kelulusan sekiranya aktiviti yang dicadangkan hanya melibatkan Jadual Pertama dan perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat untuk kelulusan sekiranya melibatkan aktiviti di bawah Jadual Pertama dan Kedua. ??????? Kajian EIA dan Laporan EIA hendaklah dilaksanakan dan disediakan oleh Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan