Penerangan
SESI TAKLIMAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN UNTUK PROJEK GUMUSUT KAKAP GERONGGONG JAGUS EAST (GKGJE) KAJIAN SEISMIK NODES DASAR LAUT OLEH SABAH SHELL CORPORATION & KAJIAN SEISMIK MULTI CLIENT FASA 6 DI BLOK ND4 OLEH PETRONAS ??
??? Tarikh: 3 Februari 2023 (Jumaat)
?? Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
?? Tempat: Bilik Meeting 2, Tingkat 1, Marriot Hotel, Kota Kinabalu
?? Anjuran: PETRONAS Sabah & Labuan
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: Tuan Pgh ABA & PP FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Taklimat:
?? Tujuan sesi taklimat ini diadakan adalah bagi mendapatkan sokongan, pandangan dan ulasan daripada Jabatan/Agensi Penguatkuasaan & Teknikal yang terlibat khususnya dalam keperluan perundangan dan teknikal yang perlu dipatuhi sepanjang pelaksanaan aktiviti kajian ini.
?? Kajian seismik yang dijalankan bagi kedua-dua projek GKGJE & Blok ND4 terletak di kawasan laut dalam (deepwater) Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Offshore, Sabah.
?? Tujuan kajian seismik ini adalah untuk menentukan lokasi telaga minyak dan gas untuk kempen eksplorasi dan pengerudian pada masa depan. Aktiviti kajian seismik bagi GKGJE & Blok ND4 Fasa 6 dijangkakan bermula pada bulan Februari 2023 dan akan berlangsung untuk tempoh dua bulan atau 60 hari.
?? Laporan EIA bagi Projek GKGJE Fasa 4 (pembangunan medan GKGJE sediaada) telah diluluskan dengan syor-syor pelaksanaan pada 14 Oktober 2022.
?? Memandangkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tidak terpakai di kawasan ZEE, wakil JAS Sabah menasihatkan supaya pihak penggerak projek memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan pencemaran alam sekitar dilaksanakan sepanjang aktiviti kajian berkenaan khususnya dalam pengurusan buangan & kawalan tumpahan minyak serta memastikan sebarang pelepasan mematuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.