Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT OLEH LAKSANA CERGAS SDN. BHD. KE JAS NEGERI SABAH
?? Tarikh: 2 Februari 2023 (Khamis)
? Masa: 10.00 pagi– 11.30 pagi
?? Tempat: Bilik Bincang, JAS Negeri Sabah
Kehadiran JAS Sabah :
1) En. Amirul Aripin (Pengarah)
2) Puan Mardianah Aliska
3) Puan Zulfifitriah Surdi
???? Kunjungan daripada Laksana Cergas Sdn. Bhd. seramai 3 orang diketuai oleh Pengarah Urusan iaitu En. Mohd Farhan bin Fakri. Laksana Cergas Sdn. Bhd. merupakan Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) bagi aktiviti pemerolehan kembali penuh transformer terpakai dan pemerolehan separa e-waste yang berpusat di Pengkalan Chepa, Kelantan.
??Semasa kunjungan ini, pihak Laksana Cergas Sd. Bhd. memaklumkan hasrat mereka untuk membuka kemudahan buangan terjadual di negeri Sabah dan memohon penerangan mengenai prosidur tersebut di negeri Sabah.
??JAS Sabah telah menerangkan keperluan-keperluan permohonan tersebut termasuk senario terkini penjanaan buangan terjadual dan keperluan bagi pembinaan Integrated Waste Management Facility di negeri Sabah.