Penerangan
JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan pencemaran di Sg Kenoi yang menjadi sumber air minuman kepada Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng Negeri Sembilan. Semasa siasatan dijalankan ke lokasi empangan air minum Orang Asli Jeram Kedah, pegawai mendapati keadaan air sudah kembali normal.Semasa siasatan diteruskan ke hulu sungai bagi mencari punca pencemaran tersebut, pegawai telah menjumpai punca pencemaran dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pelaku didapati bersalah.Program pemantauan dan pencegahan pencemaran hujung minggu akan terus ditingkatkan oleh JAS Negeri Sembilan bagi memastikan kes-kes pencemaran alam sekitar yang tidak diingini dapat dibendung dan dicegah terutamanya pada cuti hujung minggu.