PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Teknikal Revolving Fund Committee (RFC), 15-16 Februari 2023, Singapura

DOE WP Putrajaya 28/02/2023 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Teknikal Revolving Fund Committee (RFC), 15-16 Februari 2023, Singapura
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/02/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Tarikh: 15 Februari 2023 Tempat: Royal Plaza on Scotts, Singapura Kehadiran: Delegasi-delegasi daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia serta dipengerusikan oleh Capt. Chong Jia Chyuan, Timbalan Pengarah Kanan (Operasi)/Ketua Operasi Pelabuhan, Maritime and Port Authority of Singapore (MPA). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan disertai oleh Encik Norijipin bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar, Jabatan Laut Malaysia (JLM) serta Puan Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin, JAS. Tujuan: untuk membincang dan mengkaji pengoperasian dan cadangan teknikal aktiviti yang ditanggung di bawah  Tabung Pusingan Selat Melaka (Revolving Fund) yang kini diuruskan oleh Singapura bermula pada bulan April 2022. Selain itu, sesi menandatangani report of meeting (ROM) Mesyuarat Teknikal RFC 2023 juga telah disempurnakan oleh Ketua-Ketua Delegasi iaitu En. Rosli bin Osman (Malaysia), Ms. Een Nuraini Saidah (Indonesia) dan Capt. Shawn Hoe (Singapura) serta disaksikan oleh Pengerusi RFC merangkap Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), MPA.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan